Sunday 5 August 2012

Kasih Sayang Yang Perlu Korang Tahu

Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya pada guru ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.



Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jaga kasih sayang itu berkekalan?"

Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas"

 * Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun datangnya. Cikgu bertanya,

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling  cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi dah cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : "Ya, itu lah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan bermakna bagi kita.


 #Okay, akuu kena ingat semua ni. Yang berlaku tetap akan berlaku, semoga yang berlaku takkan jadi lagi. Kayy :'(

No comments:

Post a Comment